Persiapan kahwin sudah 70 peratus selesai - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Persiapan kahwin sudah 70 peratus selesai – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persiapan perkahwinan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kini sudah mencapai 70 peratus, dengan sebahagian besar urusan itu diusahakan sendiri  walaupun perlu membahagikan masa antara kerja dan anak-anak.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, dia tidak menyerahkan sepenuhnya persiapan majlis kepada keluarga tetapi dia memilih untuk menguruskan sendiri.

“Alhamdulillah persiapan kahwin sudah 70 peratus selesai. Saya menyiapkan sendiri tanpa menyerahkan sepenuhnya pada keluarga.

“Saya rasa persiapan dan masa bekerja semuanya berjalan seiringan. Selagi mana saya masih ada keluarga InsyaAllah semuanya dipermudahkan.

“Sudah tentu rasa tertekan tetapi saya percaya semua orang ada fasa ini dalam hidup,” katanya ketika ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran Truedan Malaysia di IOI City Mall, di sini, semalam.

Bella berkata, masih terdapat beberapa perkara berkaitan majlis yang belum didedahkan kepada umum dan akan dikongsikan pada masa yang sesuai.

Buat masa ini, katanya, keutamaan adalah memastikan persiapan perkahwinan, kerjaya dan masa bersama anak-anak dapat diseimbangkan.

“Sebenarnya ada perkara-perkara kecil yang saya rasa nanti InsyaAllah akan dikongsikan.

“Sekarang ini saya perlu seimbangkan daripada segi persiapan, kerjaya dan anak-anak. Saya tak boleh tinggalkan anak-anak, tetap kena luangkan masa bersama mereka,” katanya.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq, mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan dijadualkan bernikah pada 10 Oktober depan.

Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, pada September 2016 sebelum berpisah kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden, 9 tahun dan Ara, 6 tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×