Pang Ron-Pei Jing jumpa beregu No. 1 dunia pada final China Masters

Pang Ron-Pei Jing jumpa beregu No. 1 dunia pada final China Masters

Pang Ron-Pei Jing. IHSAN MAXBAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas empat bulan jalin kerjasama, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing buat julung kali mara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton China Masters di Guangdong, China, esok.

Pasangan yang kini berada di ranking ke-85 dunia itu menewaskan beregu tuan rumah, Zhu Yi Jun-Li Qian menerusi keputusan straight set 21-12, 21-10 dalam masa 34 minit pada separuh akhir di Shenzen Arena, hari ini.

Kedua-dua beregu yang belum pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan antarabangsa, kini meletakkan Pang Ron-Pei Jing mendahului rekod pertemuan dengan kedudukan 1-0.

Pada perlawanan akhir, beregu profesional tersebut bakal menghitung pertemuan dengan pasangan handalan tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Beregu No. 1 dunia itu menyingkirkan satu lagi gandingan Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang menghuni ranking No. 11 dunia 21-11, 24-22 dalam masa 50 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Soon Huat-Shevon semakin keciciran di belakang Yan Zhe-Dong Ping dengan rekod pertemuan yang semakin melebar menjadi 0-6.

Pang Ron-Pei Jing belum pernah bertemu Yan Zhe-Dong Ping sebagai pasangan dan mereka berada di landasan terbaik memburu gelaran sulung sejak digandingkan bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×