Muktamar: ‘Tunggu panah lintaq’ Sanusi beri teguran keras Pas Perlis terus bertelagah

Muktamar: ‘Tunggu panah lintaq’ Sanusi beri teguran keras Pas Perlis terus bertelagah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kedegilan segelintir pemimpin dan ahli Pas di Perlis yang terus bertelagah dan tidak mematuhi arahan parti mengundang teguran keras daripada Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Secara sinis Muhammad Sanusi menyifatkan segala ikhtiar untuk ‘merawat’ krisis dalaman kepimpinan Pas di negeri itu sudah menemui jalan buntu sehinggakan beliau secara berseloroh mengandaikan mereka menunggu masa untuk ‘dipanah lintaq’ (dipanah petir).

Beliau berkata, amaran dan teguran berhubung perkara tersebut telah pun disuarakan secara jelas pada muktamar tahun lalu, namun situasi di Perlis dilihat bertambah buruk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tuan-tuan yang telah menang, saya pesan dah tahun lepas. Lepas pesanan pun berlaku lagi. Saya beritahu kepada orang Perlis, jangan ‘kelai’ (buat hal), (tetapi) balik-balik ‘kelai’ teruk lagi.

“Insya-Allah, lepas ini tak ‘kelai’ dah. Cukuplah setakat itu. Anda ini ketegang (keras kepala). Perkara yang orang larang itu yang anda buat dulu,” katanya ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut menggunakan kiasan perubatan, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pucuk pimpinan parti sudah kehabisan cara untuk menyelesaikan kemelut yang membabitkan Pas Perlis.

“Tidak ada siapa dah nak pergi berubat. Anda berubatlah diri anda sendiri. Habis dah ikhtiar. Habis dos paling tinggi dah cucuk, tak lega (sembuh) juga.

“Hah, siap (tunggu) panah lintaq lah,” katanya.

Teguran tajam itu dipercayai merujuk kepada krisis dalaman dan perselisihan yang sedang melanda pentadbiran serta kepimpinan Pas di Perlis, biarpun parti tersebut kini diberi mandat besar menguasai kerajaan negeri.

Media sebelum ini melaporkan, desakan Pemuda Pas Perlis semasa ucaptama bsempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat Kali Ke-67, yang menggesa agar pucuk pimpinan Pas dan PN mempertimbang tindakan tegas terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berikutan didakwa semakin mencalarkan imej gabungan itu di negeri ini.

Perwakilannya, Ali Na’imi Ahmad Azizi berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana Perlis ditadbir kerajaan PN bersama Pas, namun wakil rakyat daripada Pas didakwa dilayan seperti pembangkang.

Katanya, kerajaan negeri turut didakwa mengambil tindakan terhadap beberapa lantikan politik daripada Pas, termasuk Ahli Majlis Perbandaran Negeri Perlis (MPNPs).

Abu Bakar bagaimanapun dilaporkan berkata, pentadbiran negeri ini sentiasa bergerak atas semangat setiakawan PN malah setiap keputusan dasar diputuskan secara bersama melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini