Majlis doa selamat masuk rumah baharu ditukar kepada majlis tahlil - Utusan Malaysia

Majlis doa selamat masuk rumah baharu ditukar kepada majlis tahlil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Hasrat sebuah keluarga mengadakan doa selamat berpindah ke rumah baharu bertujuan digantikan kepada majlis tahlil selepas anak mereka, Muhammad Haiman Fitri Supian, 16, dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Lompat, di sini kelmarin.

Bapa saudara mangsa, Shahrizal Ibrahim, 41, berkata, keluarga mangsa baharu Berlin ke rumah baharu iaitu rumah generasi kedua Felda di Felda Bukit Waha, di sini, Ahad lalu.

Katanya, ibu bapa mangsa telah merancang mengadakan majlis doa selamat memasuki rumah baharu esok, tetapi telah ditukar kepada majlis tahlil untuk anak sulung mereka.

“Niat asal mereka adalah untuk mengadakan majlis doa selamat esok (5 September), tetapi nampaknya akan dibuat kenduri untuk anak mereka sekali,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Tambah Shahrizal, dia telah mengambil cuti kerja bagi terlibat sama dalam operasi mencari dan menyelamat anak saudaranya yang merupakan mangsa terakhir belum ditemukan setakat ini.

“Saya dan beberapa ahli keluarga yang lain sudah berada di sini sejak hari pertama kejadian. Kami masih belum pulang lagi. Kami memang tak balik rumah, malam pun kami cari, memang tidak rehat, tidur pun sekitar satu jam sahaja selepas subuh.

“Kami harap sangat dia balik hari ini, sudah lama sangat rasanya, baliklah Man,” katanya sambil memberitahu ibu mangsa berada di rumah keluarga mereka bagi menjaga suaminya yang diserang strok sejak tiga tahun lalu.

Shahrizal turut memberitahu, dia sempat bertemu anak saudaranya itu sehari sebelum kejadian dan menyedari sebarang perubahan sikap mangsa menjadi lebih pendiam berbanding biasa.

“Saya tinggal di kawasan lain, tetapi pada 30 Ogos memang ada berjumpa. Biasanya apabila berjumpa kami berbual dan kadang-kadang saya bawa dia berjalan, tetapi hari itu dia seperti mengelak untuk berbual dengan saya.

“Dia ada beritahu ibunya dia mahu keluar malam itu, tetapi saya tidak tahu dia hendak ke mana sehinggalah saya dimaklumkan dia telah lemas keesokan paginya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×