Konsep ta’awun Pas ikut saranan dua bekas Mursyidul Am - Abdul Hadi

Konsep ta’awun Pas ikut saranan dua bekas Mursyidul Am – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerjasama politik Pas dengan lain-lain parti menerusi konsep ta’awun bersesuaian dengan saranan dua bekas Mursyidul Am, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua tokoh ulama itu pernah menyuarakan cadangan tersebut semasa hayat mereka.

“Mereka mencadangkan supaya diadakan kerjasama atau ta’awun. Bertolong-tolongan dan ia berbeza dengan penggabungan yang lebih berupa pencampuran beberapa parti politik di dalam satu organisasi besar.

“Kita ada banyak pengalaman dalam kerjasama sejak 1950-an sehingga 1960-an. Berlangsung dengan draf perjanjian ada, tanpa perjanjian pun ada,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, di bawah konsep ta’awun, Pas membentuk hubungan kerjasama dengan lain-lain parti termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara berperingkat.

Katanya, ia  bermula dengan kerjasama yang membentuk satu persefahaman sebelum diperluas kepada peringkat-peringkat lebih mendalam.

“Yang pentingnya, kita mahu mempertahan kuasa politik Melayu dan Islam. Selain itu, kita tidak mengabaikan orang bukan Islam sebagai negara berbilang agama dan kaum. Sebab itu kita pilih pertubuhan Melayu-Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem,” ujarnya.

Abdul Hadi berkata, ini bukan pertama kali Pas mewujudkan kerjasama dengan UMNO dan BN kerana ia pernah berlaku semasa pembentukan Perlembagaan Malaysia di bawah Suruhanjaya Reid pada 1972.

“Kita (Pas) adalah antara parti politik awal selepas merdeka dan merupakan satu-satunya parti pembangkang di era pra merdeka, iaitu pada  1955,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×