Hamilton buru kemenangan keenam di Monza

Hamilton buru kemenangan keenam di Monza

Lewis Hamilton
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONZA: Lewis Hamilton mengintai kemenangan keenam di Grand Prix Itali, Ahad ini sebagai usaha menghidupkan semula peluang memburu kejuaraan dunia pemandu Formula Satu (F1) buat kali kelapan.

Pelumba Ferrari itu kini ketinggalan 59 mata kepada pelumba Mercedes, Kimi Antonelli yang mengungguli kejuaraan dengan 242 mata hasil enam kemenangan musim ini.

Harapan Hamilton semakin cerah apabila Ferrari merancang memperkenalkan unit kuasa yang dinaik taraf, manakala Antonelli bakal dikenakan penalti petak permulaan selepas menggunakan enjin baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan di Monza juga akan membolehkan Hamilton mencipta rekod baharu selepas kini berkongsi catatan lima kemenangan di litar bersejarah itu bersama legenda Ferrari, Michael Schumacher.

Schumacher meraih kemenangan sulungnya di Itali 30 tahun lalu dalam musim pertamanya bersama Ferrari, sekali gus menjadikan perlumbaan kali ini lebih sarat dengan nostalgia buat pasukan tuan rumah dan penyokong setia, tifosi.

Pengurus pasukan Ferrari, Fred Vasseur berkata peningkatan unit kuasa itu mampu memberi sedikit kelebihan dalam persaingan yang begitu sengit.

“Ini satu langkah ke arah yang betul dan seperti yang kita tahu, musim ini semuanya mengenai kelebihan kecil.

“Monza adalah litar yang mencabar dan perbezaan antara jentera amat kecil, jadi keutamaan kami adalah memastikan setiap aspek hujung minggu perlumbaan dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini