KKDW berbelanja melebihi peruntukan sebenar, RM300 juta tambahan bantu bayar tunggakan – MoF

KKDW berbelanja melebihi peruntukan sebenar, RM300 juta tambahan bantu bayar tunggakan – MoF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan, pihaknya telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta setakat ini bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor di bawah projek pembangunan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW).

. Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, pada masa sama, MoF juga dalam proses mengenal pasti penjimatan daripada kementerian lain untuk membantu menampung keterlebihan komitmen oleh kementerian itu.

Beliau menegaskan, tiada sebarang sekatan telah dibuat ke atas peruntukan kementerian itu berhubung jalan luar bandar dan ia telah disalurkan sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berbangkit disebabkan peruntukan tahun semasa telahpun dibelanjakan hampir sepenuhnya.

“Sejak beberapa tahun lalu, KKDW telah membuat komitmen dan berbelanja lebih daripada peruntukan tahunan yang diluluskan untuk projek-projek jalan luar bandar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengikut rekod MoF, sejak tahun 2023, perbelanjaan KKDW melebihi peruntukan sebenar iaitu RM1.8 bilion (perbelanjaan) berbanding RM1.1 bilion (peruntukan); diikuti RM2 bilion perbelanjaan melebihi RM1.3 bilion (2024) dan  RM2.3 bilion berbanding RM1.6 bilion (2025).

Bagi tahun ini pula setakat terkini, perbelanjaan KKDW adalah pada RM1.9 bilion berbanding RM2.1 bilion peruntukan sebenar.

Katanya, MoF bekerjasama dengan KKDW untuk menangani isu ini, antaranya dengan mengatur semula peruntukan KKDW berdasarkan keutamaan.

Jelasnya, setiap kementerian bertanggungjawab merancang dan mengurus perbelanjaan berdasarkan peruntukan Belanjawan tahunan yang telah diluluskan Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini