Iran dakwa 11 maut dalam serangan AS di wilayahnya

Iran dakwa 11 maut dalam serangan AS di wilayahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran pada Rabu mendakwa serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas wilayahnya mengorbankan 11 orang selepas serangan terbaharu dilancarkan di wilayah Khuzestan di barat daya negara itu, lapor media kerajaan.

Ia menyusuli kenyataan Bulan Sabit Merah Iran yang melaporkan empat orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera dalam serangan AS ketika majlis perkahwinan di daerah Sirik, selatan Iran.

“Naib Gabenor Khuzestan bagi Hal Ehwal Keselamatan dan Penguatkuasaan Undang-undang berkata, serangan peluru berpandu AS malam tadi ke atas tiga lokasi di wilayah itu mengorbankan tujuh orang dan mencederakan lapan yang lain,” lapor agensi berita kerajaan IRNA.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini