HARI Kebangsaan 2026 yang disambut semalam mengandungi banyak pengajaran yang boleh diambil oleh seluruh rakyat Malaysia, antaranya menghargai pengorbanan pejuang negara, memupuk semangat patriotisme, mengkonkritkan perpaduan, menghargai keamanan dan kestabilan, menambahkan semangat kerjasama, menanam sikap bertanggungjawab, menghargai kebebasan yang dinikmati dan banyak lagi.
Kemerdekaan bukan sekadar kebebasan daripada penjajahan, tetapi juga tanggungjawab untuk kita mengekalkan keamanan dan perpaduan yang terbit hasil permuafakatan dalam kalangan rakyat pelbagai agama, kaum dan bangsa.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menghargai nikmat kemerdekaan hasil pengorbanan ‘wira-wira’ negara dengan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara serta terus memelihara keharmonian masyarakat demi generasi akan datang.
Sikap tiada bertanggungjawab, tidak amanah, tamak dan suka memberi serta menerima rasuah harus dihindari dan wajib dihapuskan kerana sikap mazmumah itu akan merosakkan jati diri, imej syarikat, jabatan dan juga negara.
Selain itu, amalan rasuah ini juga akan membentuk budaya tidak jujur sekali gus melemahkan sistem pentadbiran kerajaan atau mana-mana jabatan dan organisasi kerana setiap keputusan yang dibuat bersandarkan kepada kepentingan peribadi, bukan untuk pembangunan rakyat. Jika ini berterusan tanpa ada tindakan memeranginya, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap kerajaan, agensi awam dan sistem keadilan.
Malah, sesebuah negara yang memiliki kadar rasuah tinggi akan dipandang negatif oleh masyarakat antarabangsa. Keadaan ini pastinya akan mengundang ketidakyakinan pelabur asing untuk melabur, sekali gus akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Sejak enam tahun lalu, sebanyak 6,643 tangkapan melibatkan pelbagai kes rasuah dan salah guna kuasa dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan nilai rampasan, sitaan, pelucuthakan serta penyelesaian kes yang direkodkan pula melebihi RM16.29 bilion. Malah, SPRM sehingga kini terus memburu dan mendakwa perasuah bukan sahaja melibatkan golongan ‘machai-machai’ tetapi juga ‘jerung-jerung’.
Tahun 2024 mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 1,334 kes berbanding 998 tangkapan pada 2020, 851 (2021), 909 (2022), 1,137 (2023), 1,145 (2025) dan 269 setakat tahun ini. Bagi pertuduhan pula, tahun 2021 merekodkan jumlah tertinggi dengan 525 pertuduhan diikuti 480 pada 2020, 390 (2022), 446 (2023), 454 (2024), 475 (2025) dan 73 pertuduhan bagi tahun ini.
Berpandukan statistik kes rasuah ini yang jelas menjejaskan keadilan sosial, menghakis integriti masyarakat dan merosakkan ekonomi negara, sewajibnya ia diperangi habis-habisan. Jangan biarkan ada seinci ruang pun untuk perasuah bertapak di bumi Malaysia.
Justeru, bersempena bulan kemerdekaan kali ini, marilah kita semua memerdekakan diri dan negara daripada rasuah dengan bersama-sama memeranginya, mengamalkan sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab demi memastikan negara terus maju dan sejahtera.
Imran Mohamad Nor ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia – UTUSAN
Bila kita hendak ‘merdeka’ dari rasuah?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved