Rundingan PN-BN di Melaka sangat positif – Saifuddin

Rundingan PN-BN di Melaka sangat positif – Saifuddin

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rundingan jalinan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini berlangsung sangat positif.

Pengerusi Portfolio Pendidikan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, proses rundingan berhubung kerjasama berkenaan masih berjalan antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, beliau melihat perkembangan rundingan itu sebagai sesuatu yang positif, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara yang masih dalam perbincangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang saya boleh sebutkan ialah kita dalam proses perundingan. Setakat ini sangat positif,” katanya pada sidang akhbar Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Bahagian (Penaja) Wawasan di sini hari ini.

Sebelum ini, Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan rundingan kerjasama antara PN dan BN bagi menghadapi PRN Melaka sudah dimulakan sejak 20 Ogos lepas.

Beliau berkata, rundingan berkenaan membabitkan wakil pimpinan pusat yang dilantik daripada kedua-dua parti bagi membincangkan bentuk kerjasama menghadapi PRN berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas berkenaan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim adakah Pas perlu mengetuai sekiranya mahu menjalinkan kerjasama bersama dengan UMNO, Saifuddin menyifatkannya sebagai pandangan peribadi.

Katanya, sebarang keputusan mengenai perkara itu lazimnya dibuat menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan bukannya berdasarkan pandangan individu.

“Biasanya kita buat keputusan tentang hal begitu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN. Itu saya anggap pandangan peribadi dialah,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini