Polis sahkan 469 orang maut akibat banjir di Nepal - Utusan Malaysia

Polis sahkan 469 orang maut akibat banjir di Nepal

PEKERJA menggunakan jentera pengorek untuk membersihkan lumpur susulan banjir kilat di Trishuli, daerah Nuwakot, Nepal. - AFP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Banjir dahsyat di kawasan sempadan Nepal-Tibet mengorbankan sekurang-kurangnya 469 orang, kata polis Nepal pada Jumaat, 48 jam selepas bencana itu berlaku.

Media kerajaan China sebelum ini mengesahkan tiga kematian, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban sekurang-kurangnya 472 orang. Lebih 1,400 orang masih hilang, termasuk ratusan warga asing.

Sementara itu, Pasukan penyelamat Tentera Nepal yang menggunakan helikopter pada Jumaat sedang berusaha menyelamatkan kira-kira 100 orang yang terperangkap di dalam sebuah terowong di projek tenaga hidroelektrik yang dilanda banjir dahsyat dua hari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fokus kami adalah mencari dan menyelamatkan orang,  terdapat beberapa orang yang terperangkap di dalam terowong projek tenaga hidroelektrik Trishuli 3A,” kata jurucakap Tentera Nepal, Raja Ram Basnet, kepada AFP.

Pejabat Perdana Menteri Nepal dalam satu kenyataan berkata, 350 orang telah diselamatkan dari kawasan berkenaan tetapi  kira-kira 100 lagi masih terperangkap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini