Sarawak, Cheras antara 20 kawasan catat IPU tidak sihat

Sarawak, Cheras antara 20 kawasan catat IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 11 pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), dua kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi, masing-masing Sri Aman dengan 197 dan Serian (175).

Tiga lagi kawasan di Sarawak turut merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Sarikei (153), Kuching (142) dan Miri (129).

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Lembah Klang, dua kawasan di Kuala Lumpur mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Cheras (159) dan Batu Muda (152), manakala Putrajaya merekodkan bacaan 147.

Di Selangor pula, tiga kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Johan Setia (153), Shah Alam (152) dan Petaling Jaya (126), selain Seremban, Negeri Sembilan (107).

Bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai (158), Minden (157) dan Seberang Jaya (153).

Di Perak pula, Taiping mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 155, Tasek Ipoh (138) dan Seri Manjung (102) serta Kedah, iaitu Sungai Petani (152) dan Alor Setar (111). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN