KUALA LUMPUR: Penyokong-penyokong bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dilihat berkumpul di hadapan pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Para penyokong hadir sejak awal pagi tadi dengan memakai baju hitam sebagai tanda solidariti.
Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC dan Ahli Parlimen Tapah akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Difahamkan pertuduhan terhadapnya adalah berkaitan dengan isu pengambilan pekerja asing ketika pandemik Covid-19 pada 2022. –UTUSAN










