Kanada tolak keputusan Trump tukar nama Tasik Ontario

Kanada tolak keputusan Trump tukar nama Tasik Ontario

PERDANA Menteri Kanada, Mark Carney (kiri) bersama Presiden AS, Donald Trump.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menamakan semula Tasik Ontario sebagai ‘Tasik Amerika’, sambil menegaskan negaranya akan terus menggunakan nama asal tasik berkenaan.

“Nama Tasik Ontario berasal daripada perkataan Wendat, Ontari’io, yang bermaksud ‘tasik itu indah, tasik itu besar’,” kata Carney menerusi platform media sosial X semalam.

Beliau berkata, nama itu digunakan lebih 400 tahun, sebelum penubuhan Persekutuan Kanada dan pengisytiharan kemerdekaan AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tahu Amerika sedang berubah, termasuk hubungan perdagangan, dasar luar, monumen kebangsaan dan nama geografi perairannya. Rakyat Kanada juga tahu bahawa realitinya perlu dipanggil Tasik Ontario, dahulu, kini dan selamanya,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menamakan semula Tasik Ontario sebagai Tasik Amerika, susulan ketegangan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Kami akan menukar nama Tasik Ontario, berkuat kuasa serta-merta, kepada ‘Tasik Amerika’,” kata Trump di Pejabat Oval sebelum menandatangani perintah berkenaan.

Hubungan Kanada-AS semakin tegang susulan kegagalan rundingan perdagangan dan keputusan Washington mengenakan tarif baharu terhadap barangan Kanada, yang segera dibalas Ottawa dengan tarif balas.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini