Pezeshkian gesa negara Islam tingkat kerjasama ekonomi

Pezeshkian gesa negara Islam tingkat kerjasama ekonomi

MASOUD PEZESHKIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menggesa negara-negara Islam meningkatkan kerjasama ekonomi, menyifatkan saiz sektor itu dalam kalangan negara anggota dunia Islam masih kecil berbanding jumlah penduduk dan kedudukan geostrategik mereka di dunia.

Pezeshkian berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perpaduan Islam Antarabangsa ke-40 di Teheran.

Beliau berkata, 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang merangkumi Asia Tenggara hingga Afrika, berada di tengah-tengah laluan laut dan darat yang penting, selain memiliki sumber tenaga, populasi muda serta pasaran yang besar.

Menurut Pezeshkian, jumlah ekonomi negara-negara berkenaan pada 2024 mencecah kira-kira AS$9.2 trillion (RM37.04 trilion), namun hanya menyumbang 8.3 peratus kepada ekonomi dunia.

Beliau turut berkata, hanya 19 peratus eksport negara anggota OIC kekal dalam kalangan negara anggota blok itu, manakala selebihnya dieksport ke negara di luar OIC.

Sehubungan itu, beliau menggesa peningkatan perdagangan sesama negara Islam.

Pezeshkian turut menegaskan Iran tidak memulakan perang di rantau itu, sebaliknya berdiri teguh menentang pihak yang melakukan pencerobohan.

“Amerika Syarikat (AS) dan entiti Zionis melancarkan perang terhadap Iran,” katanya.

Presiden itu turut mengulangi pendirian Teheran bahawa negara-negara jiran Iran tidak seharusnya digunakan sebagai pangkalan untuk melancarkan serangan terhadap negaranya.

“Tiada negara Islam yang sepatutnya mengejar keselamatannya dengan mengorbankan keselamatan negara jirannya.

“Wilayah mana-mana negara Islam tidak seharusnya digunakan untuk menyerang negara Islam yang lain,” tegasnya.

Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani, dilaporkan tiba di Teheran pada Khamis untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai Iran bagi menghidupkan semula laluan diplomatik antara AS dan Iran.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini memberitahu Al Jazeera tindakan ekonomi dan ketenteraan yang lancarkan beliau berkesan dan kini tidak tergesa-gesa untuk mengadakan rundingan dengan Teheran bagi menamatkan perang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN