Rakyat Malaysia di Nepal: Agong titah Wisma Putra ambil tindakan segera  

Rakyat Malaysia di Nepal: Agong titah Wisma Putra ambil tindakan segera  

SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofian menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian banjir besar di Rasuwa, Nepal.

Seri Paduka Baginda berdua turut menitipkan doa agar semua mangsa berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menghadapi situasi berkenaan.

Sultan Ibrahim turut mendoakan agar usaha menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia yang terjejas dapat dilaksanakan dengan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengikuti perkembangan tragedi ini sejak ia dilaporkan berlaku semalam apabila melibatkan rakyat Malaysia.

“Saya juga menggesa Wisma Putra mengambil segala tindakan yang sewajarnya termasuk dalam menyalurkan maklumat terkini kepada ahli keluarga masing-masing mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terlibat,” titah Seri Paduka. 

Pagi tadi, Kementerian Luar melaporkan memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar yang melanda daerah Rasuwa, semalam.

Menurutnya, angka rakyat Malaysia itu adalah berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber-sumber lain yang berkaitan

Katanya, pihak kementerian memahami bahawa gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik di kawasan terjejas mungkin menyumbang kepada kesukaran untuk menghubungi mereka.

Terdahulu, ratusan warga asing dilaporkan hilang di Nepal selepas banjir kilat dahsyat pada Rabu mengorbankan sekurang-kurangnya 160 orang.

Angka rasmi menunjukkan sekurang-kurangnya 341 warga asing masih belum ditemui.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini