Reman bekas CEO TH disambung empat hari

Reman bekas CEO TH disambung empat hari

Reman bekas CEO TH dibebaskan dengan jaminan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan kebenaran untuk menyambung tempoh reman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi berkenaan.

Perintah sambungan reman selama empat hari bermula esok sehingga 31 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.

Sebelum ini, bekas CEO berusia lingkungan 60-an terbabit telah direman selama tujuh hari bermula 21 Ogos lalu dan dijangka tamat pada hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, beliau yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari itu tiba di mahkamah sekitar pukul 9.30 pagi tadi bagi proses sambung reman dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.

Media sebelum ini melaporkan, laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik di portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH daripada 2014 hingga 2020 itu turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

RCI berkenaan mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini