Samsolbari Jamali kembali dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Johor - Utusan Malaysia

Samsolbari Jamali kembali dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Johor

Samsolbari Jamali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.

Lantikan beliau disahkan Speaker DUN Johor, Datuk Zahari Sarip selepas namanya dicalonkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta disokong ADUN Bukit Permai, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.

Onn Hafiz berkata, Samsolbari mempunyai pengalaman luas tentang perjalanan Sidang DUN Johor apabila beliau turut menggalas jawatan sama pada Sidang DUN terdahulu sejak 2022 hingga Jun 2026.

“Saya yakin dengan pengalaman dan perkhidmatan beliau sebagai ADUN Semarang sejak 2004 sehingga sekali lagi diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk terus berkhidmat di kawasan berkenaan.

“Pengalaman luas tentang perjalanan Sidang DUN Johor akan membantu beliau melaksanakan tugas dengan baik, sekaligus membantu Speaker DUN Johor menguruskan dan memimpin perjalanan di dewan ini,” katanya ketika berucap pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Terdahulu, Sidang DUN Johor turut melantik Zahari, yang juga merupakan ADUN Buloh Kasap sebagai Speaker DUN Johor yang baharu selepas penubuhan kerajaan negeri susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini.

Sebelum ini, jawatan tersebut disandang Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN