Polis selamatkan lelaki warga China, tiga warga asing ditahan

Polis selamatkan lelaki warga China, tiga warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis menyelamatkan seorang lelaki warga China yang dikurung dalam sebuah rumah di Seri Manjung di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata,
tindakan menyelamatkan mangsa itu dilakukan selepas pihaknya menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada lelaki berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah pergi ke lokasi kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam sebelum menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis menahan seorang lelaki warga Jepun dan dua lelaki warga Taiwan yang disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Seorang lelaki warga China yang dipercayai menjadi mangsa kurungan secara salah turut diselamatkan dalam serbuan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/63.

“Ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula 26 hingga 29 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini