Bekas Pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan ditahan SPRM

Bekas Pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Dua individu iaitu seorang bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Perbendaharaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Penahanan kedua-dua individu lelaki berusia lingkungan 60-an tersebut ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok,” kata SPRM di akaun TikTok rasminya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini