Idayu dedah artis dan pemuzik negara seberang pelik trend gubahan muzik Malaysia - Utusan Malaysia

Idayu dedah artis dan pemuzik negara seberang pelik trend gubahan muzik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Idayu, mendedahkan pernah diajukan soalan oleh rakan artis dan pemuzik dari negara seberang mengenai trend susunan muzik atau ‘music arrangement’ di Malaysia yang gemar menggunakan kaedah suara nada tinggi dan berhenti di pertengahan lagu.

Idayu atau Nur Farah Idayu Yaakob, 41, berkata, penggiat seni dari negara jiran itu melihat kaedah susunan muzik di Malaysia agak menyedihkan kerana coraknya seperti sudah dirancang.

“Ada rakan artis dan pemuzik dari negara seberang pernah bertanya kepada saya. Mengapa orang Malaysia masih gemar susunan muzik yang berhenti di pertengahan lagu dan sedihnya seperti sudah dirancang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan ada salahnya untuk buat susunan muzik menahan nada panjang atau berhenti di pertengahan lagu. Cuma apabila gaya susunan itu terlalu kerap dibuat bertahun-tahun ke belakangan ini, kita sudah boleh menjangkanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Idayu turut menjelaskan isu kebiasaan gubahan susunan muzik yang stereotaip itu sebenarnya pernah disentuh oleh maestro muzik di Malaysia sendiri.

“Isu ini pun pernah disentuh oleh beberapa maestro muzik di Malaysia yang bukan nama biasa-biasa. Dalam kalangan artis sendiri pun ada menyuarakan isu susunan muzik ini.

“Sekarang ini, jangan salah tafsir perbezaan antara gubahan muzik dan teknik nyanyian. Contohnya, apabila artis terpakai pakaian atau gaya yang sama cepat sahaja penonton perasan dan kritik, begitu juga dengan gubahan muzik yang sentiasa memerlukan pembaharuan dan segar,” katanya.

Idayu menjelaskan perkara itu selepas hantarannya berhubung isu susunan muzik sebelum ini disalahtafsir oleh pengguna platform Threads.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini