AS siasat video ancaman bunuh terhadap anak Trump

AS siasat video ancaman bunuh terhadap anak Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) menyedari mengenai video yang disiarkan televisyen kerajaan Iran berhubung kemungkinan rancangan untuk membunuh anak bongsu Presiden AS, Donald Trump, kata jurucakap agensi itu semalam.

Jurucakap Perkhidmatan Rahsia, Nate Herring, berkata pihaknya menyiasat sebarang perkara yang boleh dianggap sebagai ancaman terhadap individu yang dilindunginya.

“Atas faktor keselamatan operasi, kami tidak membincangkan perkara berkaitan risikan perlindungan,” katanya dalam e-mel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Video berdurasi tiga minit yang disiarkan televisyen negara itu membincangkan kemungkinan rancangan untuk membunuh Barron Trump, 20, dengan mendakwa beliau sedang dipantau serta terdapat tawaran ganjaran AS$10 juta (RM40 juta) bagi pembunuhannya.

AS dan Iran terus bertukar kenyataan keras ketika perang memasuki hampir enam bulan, yang bermula selepas serangan AS dan Israel terhadap Iran pada Februari.

Reuters melaporkan awal bulan ini bahawa AS menerima beberapa amaran daripada Israel sepanjang tahun lalu mengenai rancangan Iran untuk membunuh Trump, menurut beberapa pegawai.

Amaran itu turut diterima sebelum satu helah rahsia membabitkan pesawat Air Force One di Turkiye.

Trump sebelum ini menyifatkan dirinya sebagai nombor satu dalam senarai pembunuhan Iran.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini