Jang Dong Yoon, Kim Seung Yun bakal berkahwin - Utusan Malaysia

Jang Dong Yoon, Kim Seung Yun bakal berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon, Jang Dong Yoon, 34, mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pelakon, Kim Seung Yun, 28.

Lapor portal Osen, pasangan itu bakal disatukan dalam majlis kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat, Oktober ini.

Dikhabarkan pasangan tersebut mula rapat sejak bekerjasama dalam sebuah projek drama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun mereka berupaya merahsiakan hubungan istimewa tersebut termasuk daripada pengetahuan rakan terdekat selepas lima tahun bersama.

Dong Yong kemudian mengesahkan berita itu menerusi surat kepada peminatnya di Instagram.

Menerusi surat tersebut, beliau memaklumkan telah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan berkenaan.

Berita perkahwinan itu turut disahkan agensinya, BH Entertainment. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini