Tunku Abu Bakar ketuai perarakan Maulidur Rasul peringkat Johor Bahru - Utusan Malaysia

Tunku Abu Bakar ketuai perarakan Maulidur Rasul peringkat Johor Bahru

TUNKU Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim (depan tengah) mengetuai perarakan sempena Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Daerah Johor Bahru di Masjid Tun Hussein Onn, Johor Bahru di sini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim mengetuai perarakan sempena Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Daerah Johor Bahru yang berlangsung di Masjid Tun Hussein Onn, di sini, hari ini.

Perarakan yang disertai kira-kira 2,000 peserta itu membabitkan 45 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, selain murid serta pelajar sekolah agama di sekitar daerah ini.

Peserta berarak sejauh satu kilometer dalam suasana meriah sambil menghayati semangat kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad, sekali gus menyemarakkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Johor diadakan di Batu Pahat, dengan pelbagai pengisian bagi menyemarakkan lagi sambutan bersempena bulan kelahiran Nabi Muhammad.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini