17 kawasan catat suhu panas hingga 37 darjah celsius

17 kawasan catat suhu panas hingga 37 darjah celsius

SEBANYAK 17 kawasan di seluruh negara kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) susulan peningkatan suhu yang dijangka mencecah antara 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 kawasan di seluruh negara kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) susulan peningkatan suhu yang dijangka mencecah antara 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, 11 kawasan di Semenanjung berada pada tahap berkenaan.

“Kawasan terbabit ialah Larut dan Matang, Kuala Kangsar, Kampar dan Batang Padang di Perak; Kuala Krai, Kelantan; Kuantan, Raub, Temerloh dan Pekan di Pahang serta Hulu Selangor dan Gombak, Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara itu, lima kawasan di Sabah turut berada pada Tahap 1 iaitu Telupid, Tenom, Sandakan, Pitas dan Beluran.

“Di Sarawak pula, hanya satu kawasan iaitu Marudi direkodkan berada pada tahap sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, Tahap 1 atau berjaga-jaga ditetapkan apabila sesuatu kawasan merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Orang ramai khususnya di kawasan terbabit dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan aktiviti luar terutama pada waktu tengah hari, selain memastikan pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi.

“Status terkini cuaca panas boleh disemak melalui portal rasmi MetMalaysia dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini