Salah guna kuasa: Reman dua Datuk disambung tiga hari

Salah guna kuasa: Reman dua Datuk disambung tiga hari

DUA individu bergelar Datuk termasuk seorang pengerusi sebuah agensi kerajaan dibenarkan oleh Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang untuk disambung reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah membabitkan kerugian RM1.96 juta.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan kebenaran untuk menyambung tempoh reman terhadap dua individu bergelar Datuk termasuk seorang pengerusi sebuah agensi kerajaan berhubung dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah membabitkan kerugian RM1.96 juta.

Perintah sambungan reman selama tiga hari yang bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Nurhanisah S.H. Sahul Hamid bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 selepas kedua-dua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.

Menurut peguam yang mewakili kedua-dua individu terbabit, Dr. Shamsher Singh Thind, SPRM memohon untuk mendapatkan tempoh reman lebih lama bagi membolehkan siasatan kes diteruskan selain mahu mengelakkan anak-anak guamnya daripada mengganggu saksi lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“SPRM memohon empat hari lagi untuk reman, namun, mahkamah hanya membenarkan sambungan reman selama tiga hari sahaja, iaitu sehingga Rabu. Jadi, anak guam saya boleh dibebaskan selepas tamat tempoh reman tersebut (Rabu),” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah, hari ini.

Jumaat lalu, dua individu terbabit bersama tiga lagi suspek telah direman selama empat hari kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah terbabit.

Bagaimanapun, tiga suspek berkenaan yang terdiri daripada seorang pengarah, pengurus teknikal serta seorang kerani wanita dibebaskan dengan jaminan mulai kelmarin.

Difahamkan, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan secara berperingkat antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari di pejabat SPRM Pulau Pinang, Khamis lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini