Pas tunggu jawapan UMNO, jemput Ahmad Zahid hadir muktamar

Pas tunggu jawapan UMNO, jemput Ahmad Zahid hadir muktamar

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas sedang menunggu jawapan UMNO berhubung jemputan kepada empat pemimpin parti itu untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di sini, bermula 2 September ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas sudah menghantar jemputan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan tiga lagi pemimpin parti itu tiga hari lalu dan berharap ia dapat dipenuhi sekiranya mereka mempunyai kelapangan.

“Kita masih menunggu, baru sahaja hantar (surat). Kita jemput Presiden UMNO sendiri dan tiga  pemimpinnya.. Saya akan berhubung dan kita ada lebih kurang 10 hari (menuju muktamar),” katanya selepas majlis Ceramah Isu Semasa dan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 di sini, malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, UMNO dilapor akan mempertimbang jemputan yang dikemukakan oleh Pas untuk menghadiri muktamar parti itu dari 2 hingga 5 September ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini