Elvis-Awang cipta kejutan, raih emas 3m papan anjal

Elvis-Awang cipta kejutan, raih emas 3m papan anjal

ELVIS Priestly Clement-Awang Sharzan Nasrin Awang Nasaruddin, meraih emas acara terjun seirama 3 meter papan anjal lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 di Pusat Akuatik Darul Ehsan, sebentar tadi.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gandingan baharu Sarawak, Elvis Priestly Clement-Awang Sharzan Nasrin Awang Nasaruddin, mencipta kejutan apabila meraih emas acara terjun seirama 3 meter papan anjal lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, sebentar tadi.

Turun sebagai pasangan pada saat akhir, Elvis-Awang mengumpul keseluruhan 333.90 mata untuk mengetepikan juara Sukan SEA, Nurqayyum Nazmi Nazim-Yong Rui Jie dari Wilayah Persekutuan yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengumpul 331.11 mata.

Pasangan Selangor, Ikmal Abror Ibrahim-Haris Mohd Rezal pula melengkapkan podium dengan 307.89 mata dalam saingan di Pusat Akuatik Darul Ehsan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Elvis-Awang mengumpul 41.40, 40.20, 60.30, 59.40, 63.24 dan 69.36 mata dalam enam terjunan untuk muncul juara dengan kelebihan 2.79 mata ke atas pasangan Wilayah Persekutuan.

Kejayaan itu lebih manis buat Awang apabila dia hanya diturunkan sebagai pengganti pada saat akhir selepas Jared Aiden Harold mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, Sarawak turut menambah emas menerusi Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj dalam acara 10 m platform individu wanita.

RANIA menambah kilauan emas buat kontinjen terjun Sarawak selepas memenangi acara 10 meter platform individu wanita di Pusat Akuatik Darul Ehsan, sebentar tadi-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK

Nur Eilisha Rania muncul juara selepas mengumpul 280.30 mata hasil lima terjunan, manakala Lee Yiat Qing dari Wilayah Persekutuan meraih perak dengan 273.85 mata.

Pingat gangsa menjadi milik seorang lagi wakil Sarawak, Cecelia Olivia Christopher Leoneil yang mengumpul 228.50 mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN