Serian catat bacaan IPU tahap sangat tidak sihat

Serian catat bacaan IPU tahap sangat tidak sihat

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kualiti udara di Serian, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sangat tidak sihat iaitu 240 setakat pukul 9.30 pagi ini.

Menurut laman web rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), selain Serian, lapan lagi kawasan turut dicatatkan bacaan IPU tahap tidak sihat.

“Kawasan tersebut ialah di Sri Aman (190), Kuching (185), Samarahan (178), Sarikei (174), Sibu (156), Bintulu (154), Samalaju (150), dan Kapit (134),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, 56 kawasan lagi mencatatkan bacaan tahap sederhana, manakala tiga kawasan mencatatkan bacaan IPU tahap baik.

Bacaan IPU sihat ditetapkan pada kadar 0 ke 50, sederhana (51 – 100), tidak sihat (101 – 200), sangat tidak sihat (201 – 300) dan bahaya (melebihi 300).

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN