Emas dan rekod jadi penutup manis Farhana

Emas dan rekod jadi penutup manis Farhana

Farhana Izurein Faizal Amizul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Atlet lontar peluru Perlis, Farhana Izurein Faizal Amizul menutup penampilan terakhirnya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan penuh gemilang apabila meraih pingat emas selain memperbaharui rekod temasya.

Farhana mencipta sensasi apabila memperbaharui rekod temasya sebanyak dua kali menerusi balingan kelimanya iaitu 13.84 meter (m) sebelum mengesahkan emas menjadi miliknya dengan catatan 14.22m.

Catatan tersebut sekali gus memperbaharui rekod temasya yang dilakukan Rahila Othman dari Johor yang membuat balingan 13.39m pada edisi 2010 di Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perak dimenangi Asyherina Kuja Anak Ujoh dari Johor dengan balingan 13.76m di mana dia terlebih dahulu memecahkan rekod temasya sebanyak dua kali iaitu pada percubaan pertama dengan catatan 13.47m dan 13.76m pada lontaran keempat.

Gangsa diraih atlet Sarawak, Voon Pei Ling dengan balingan 12.49m.

Mengulas mengenai persaingan sengit tersebut, Farhna berkata, sokongan rakan-rakan dan pengurus pasukan menjadi pembakar semangat untuknya bangkit dan menghasilkan balingan terbaik.

“Ini kali pertama saya buat 14m. Sebelum ini rekod saya 13.8m. Pada mulanya saya rasa macam balingan saya tak menjadi. Lepas itu kawan-kawan dan pengurus semua beri sokongan, jadi saya lebih bersemangat untuk buat yang terbaik.

“Balingan keempat dan kelima saya berjaya menghasilkan catatan terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Farhana Izurein Faizal Amizul

Farhana yang berasal dari Kangar berkata, kejayaan itu turut melengkapkan penampilan ketiganya di pentas SUKMA selepas sebelum ini membuat penampilan sulung di Kuala Lumpur dengan menduduki tempat keempat.

“Ini SUKMA ketiga saya dan juga yang terakhir. Kali pertama di Kuala Lumpur saya dapat nombor empat, kemudian di Sarawak saya menang emas dan sekarang dapat emas lagi,” katanya.

Selain lontar peluru, Farhana turut mengambil bahagian dalam acara lempar cakera pada temasya kali ini dan berjaya meraih pingat perak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN