Awaludin dilantik Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan

Awaludin dilantik Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan

ISMAIL Lasim menyarungkan jubah kepada Awaludin yang dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan yang baharu.--UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Seri Dr. Awaludin Said, 66. mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Setiausaha DUN, Mohd. Amin Ludin sebelum bermula Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama, DUN Negeri Sembilan Ke-16 di Bangunan DUN di sini hari ini.

Pemilihan Awaludin dicadangkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Mohd. Faizal Ramli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menggantikan Datuk MK Ibrahim yang telah berkhidmat selama sepenggal sebelum ini. Awaludin sebelum ini juga pernah dilantik bagi jawatan yang sama dari 2008 hingga 2012

Dalam pada itu, ADUN Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd. Zain pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN yang baharu.

Pada majlis yang sama, kesemua wakil rakyat yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang lalu mengangkat sumpah sebagai ADUN dihadapan Awaludin.

Majlis angkat sumpah itu diketuai Ismail sebelum disusuli 34 ADUN lain.

Bagaimanapun, DUN memaklumkan ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak hadir atas urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN