Ketua Pegawai Eksekutif Alam Maritim direman SPRM - Utusan Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Maritim direman SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Berhad, Datuk Azmi Ahmad disahkan direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Syarikat penyedia perkhidmatan industri Minyak dan Gas (O&G) itu mengesahkan penahanan ketua pegawai eksekutif kumpulannya namun menafikan ia disebabkan oleh sebarang salah laku.

“Lembaga pengarah telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kesinambungan operasi kumpulan dan akan membuat pengumuman selanjutnya sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini. – UTUSAN

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini