Empat lelaki terlibat penemuan mayat dalam sungai di Batu Pahat didakwa esok - Utusan Malaysia

Empat lelaki terlibat penemuan mayat dalam sungai di Batu Pahat didakwa esok

AB. Rahaman Arsad pada sidang akhbar di IPK Johor di Johor Bahru hari ini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Empat suspek yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dibungkus dan dililit dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja Batu Pahat pada 3 Ogos lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, seorang daripada empat suspek ini akan turut dituduh di Mahkamah Majistret Kluang atas pertuduhan memiliki senjata api.

Katanya, pertuduhan itu akan dibuat selepas kertas siasatan lengkap dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Khamis lalu.

“Empat suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala seorang suspek yang memiliki senjata api akan turut didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Seorang lagi suspek dibebaskan dan akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, kelima-lima suspek lelaki tempatan yang ditahan pada 3 Ogos lalu berusia antara 26 hingga 40 tahun.

Pada 3 Ogos lalu, orang awam menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan berbungkus dan dililit dengan jaring ditemukan di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja Batu Pahat pada pukul 12.30 tengahari.

Semakan lanjut mendapati, mangsa merupakan individu yang telah dilaporkan hilang oleh isterinya di Mutiara Rini, Iskandar Puteri, pada 29 Julai lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN