Sumbangan Gading Kencana kepada SK Subang

Sumbangan Gading Kencana kepada SK Subang

SUMBANGAN
Hanipah menyerahkan motherboard komputer sumbangan Gading Kencana Sdn. Bhd kepada Sekolah Kebangsaan Subang yang diterima oleh Sulaiman Dat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gading Kencana Sdn. Bhd. (GKSB) syarikat bumiputera peneraju dalam bidang tenaga boleh baharu, baru-baru ini telah  menyumbangkan tiga unit motherboard bagi menggantikan komponen komputer milik Sekolah Kebangsaan Subang yang rosak akibat disambar petir minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumbangan itu digerakkan selepas pihak GKSB terlihat hantaran di media sosial mengenai masalah yang dihadapi oleh sekolah tersebut.

Sehubungan itu, Pengarah Urusan GKSB, Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, pihaknya mengambil inisiatif membantu sekolah berkenaan melalui program tanggungjawab sosial korporat mereka.

Beliau berharap sumbangan akan membantu meringankan kerja-kerja pihak sekolah terbabit.

Sumbangan disampaikan oleh wakil GKSB, Cik Hanipah kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Subang, Sulaiman Dat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN