Jasa Tun Mohamed Eusoff Chin terus dikenang - PM

Jasa Tun Mohamed Eusoff Chin terus dikenang – PM

Allahyarham Tun Mohamed Eusoff Chin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Mohamed Eusoff Chin yang meninggal dunia pagi tadi.

Beliau berkata, Allahyarham telah mencurahkan khidmat besar kepada negara khususnya dalam memperkukuh institusi kehakiman sepanjang perjalanan kerjayanya.

“Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang. Semoga Allah mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmatnya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohamed Eusoff Chin meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan anaknya, Zuliana Mohamed Eusoff yang memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya dan dijadualkan dibawa ke Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya bagi urusan pengurusan jenazah dan pengebumian.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada September 1994 dan menyandang jawatan tertinggi badan kehakiman itu sehingga persaraan pada Disember 2000.

Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham memainkan peranan penting dalam institusi kehakiman negara dan pernah mengetuai badan kehakiman Malaysia selama lebih enam tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×