RCI TH: Bekas CFO dirakam percakapan babit salah guna kuasa beli saham RM370 juta

RCI TH: Bekas CFO dirakam percakapan babit salah guna kuasa beli saham RM370 juta

PENGERUSI sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk yang direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah membabitkan kerugian RM1.96 juta minggu lepas, dibebaskan dengan jaminan RM10,000, hari ini.-GAMBAR/SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang individu lelaki iaitu bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

Rakaman percakapan tersebut dijalankan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berlangsung lebih enam jam.

Bagaimanapun hanya bekas CFO yang hadir manakala bekas CEO tidak hadir atas faktor kesihatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, bekas pegawai kanan tersebut telah tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar pukul 10.30 pagi, semalam.

“Hari ini (semalam) merupakan hari kedua rakaman percakapan individu ini diambil selepas dibebaskan kelmarin.

“Rakaman percakapan terhadap individu ini diteruskan bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan berhubung hasil penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan selesai kira-kira pukul 5 petang,” katanya.

Tambah beliau, rakaman percakapan akan bersambung esok pukul 10 pagi.

Kelmarin, seorang CEO dan bekas CFO syarikat milik badan berkanun ditahan hadir ke pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

Dua individu masing-masing berusia 68 dan 60 tahun disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira 6.30 petang.

Ketika penahanan dua individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tangkapan itu susulan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×