Ketua Pemuda UMNO Maran antara empat maut dihempap pokok

Ketua Pemuda UMNO Maran, isteri, anak antara empat maut dihempap pokok

KEADAAN Ford Raptor yang dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Kuala Lumpur menghala ke pintu gerbang Janda Baik di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, isteri, anak dan adik iparnya maut selepas kenderaan pacuan empat roda Ford Raptor yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Jalan Lama Kuala Lumpur menghala ke pintu gerbang Janda Baik di sini semalam.

Mangsa yang maut, Mohd. Radzi Rahimi, 35, isteri, Nuriani Mohammad Jafri, 36, dan anak pasangan itu yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim. Turut maut adik Nuriani, Mohammad Nizam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, seorang lagi mangsa, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai kembar kepada mang­sa kanak-kanak yang maut, terselamat namun me­ngalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya me­nerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum sepasukan anggota polis bersama agensi penyelamat bergegas ke lokasi.

 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebatang pokok besar tumbang lalu menghempap kenderaan dinaiki lima mangsa sehingga menyebabkan empat daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan, manakala kesemua mayat dibawa ke Hospital Temerloh bagi tujuan bedah siasat.

“Siasatan awal juga mendapati dua kanak-kanak lelaki di dalam kenderaan itu dipercayai pasangan kembar berdasarkan dokumen pengenalan yang ditemukan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan termasuk faktor yang menyebabkan pokok berkenaan tumbang.

Sementara itu, Penolong Pe­ngarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, pihak­nya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.05 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×