Zubir Khan kini bergelar suami - Utusan Malaysia

Zubir Khan kini bergelar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya sekali lafaz, penyanyi, Zubir Khan, sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Heama Maleini pada Jumaat.

Zubir dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Aziz Abd Rahman di Bangi Golf Resort, Bangi.

Penyanyi OMK itu menyerahkan mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

Semasa acara akad nikah, Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 26, mengenakan kurta putih berselendang merah manakala isterinya cantik menyarungkan sari berwarna merah.

Semasa salam restu, penyanyi popular menyanyikan lagu berbahasa Tamil itu dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mencium tangan ibunya.

Terdahulu, Zubir dan Dr. Heama Maleini difahamkan mula berkenalan pada 2024 menerusi platform media sosial.

Sebelum ini, Zubir menerusi beberapa hantaran di Instagram berkongsi momen pra-perkahwinan bersama Dr. Heama dan memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Isterinya telah memeluk agama Islam pada Mei sebagai sebahagian daripada persiapan menuju alam perkahwinan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN