Empat pelajar MRSM disingkir, dua digantung kerana buli

Empat pelajar MRSM disingkir, dua digantung kerana buli

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat daripada enam pelajar tingkatan lima sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor disingkirkan selepas didapati terbabit dalam kes buli terhadap pelajar junior.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM bersidang hari ini.

Katanya, dua lagi pelajar digantung sementara sehingga polis melengkapkan siasatan bagi menentukan sama ada mereka turut terlibat dalam perbuatan fizikal terhadap mangsa.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi selepas JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk menyingkirkan mereka kerana kes buli.

“Namun, amaran sudah diberikan berulang kali. Dua daripada mereka digantung sehingga pihak polis mengesahkan sama ada mereka turut terbabit melakukan sentuhan fizikal dalam kes berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan enam pelajar senior sebuah sekolah berasrama di Muar dipercayai membuli dan memukul seorang pelajar tingkatan dua yang didakwa menghisap vape.

Dalam kejadian itu, kesemua suspek lelaki berusia 17 tahun ditahan menerusi beberapa siri tangkapan di Muar dan Alor Gajah, Melaka, awal pagi kelmarin.

Susulan kejadian tersebut, Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan pihak pentadbiran MRSM berkenaan diarahkan mengadakan mesyuarat JDM dengan segera dalam tempoh 24 jam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN