11 maut pesawat bawa peserta aktiviti terjun udara - Utusan Malaysia

11 maut pesawat bawa peserta aktiviti terjun udara

Nahas itu berlaku berhampiran Jalan Salvador Allende di Tomblaine. - Google Maps
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sebuah pesawat awam yang membawa peserta aktiviti terjun udara  terhempas berhampiran bandar Tomblaine di timur Perancis pada Ahad, mengorbankan kesemua 11 individu di dalamnya, menurut pihak berkuasa tempatan.

Ia merupakan salah satu nahas pesawat ringan paling buruk di Perancis.

Nahas itu mengorbankan lima jurulatih, lima pelajar dan juruterbang, kata pengawas Jabatan Meurthe-et-Moselle, Yves Seguy.

“Tiada orang awam di lokasi kejadian yang menjadi mangsa,” tambahnya pada sidang media.

Pesawat yang didaftarkan di Jerman itu terhempas di kawasan berumput berhampiran landasan Lapangan Terbang Nancy-Essey, berdekatan kawasan perumahan dan dua batang jalan raya, menurut wartawan AFP di lokasi.

Punca nahas masih belum dapat dipastikan.

Pasukan perubatan dan sokongan psikologi sedang memberikan bantuan kepada ahli keluarga mangsa yang berada di lapangan terbang ketika kejadian, serta saksi lain.

Siasatan teknikal telah dibuka, kata Timbalan Pendakwa Raya Nancy, Amaury Lacote.

Polis menggesa orang ramai menerusi platform media sosial X supaya mengelakkan sama sekali  kawasan sekitar lapangan terbang bagi memberi laluan kepada pasukan kecemasan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×