Adham Baba buat kemunculan semula, bertanding Pasir Raja

Adham Baba buat kemunculan semula, bertanding Pasir Raja

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba membuat kejutan apabila namanya dicalonkan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Nama Adham diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pengumuman Calon BN di Dewan Utama, Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini semalam.

Adham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenggara pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja selama dua penggal (2008-2018) dan Ahli Parlimen Tenggara selama dua penggal (2004-2008) dan pada 2018-2022.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, nama beliau digugurkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Dalam pada itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Puteri Wangsa, Dr. Maszlee Malik dijangka mendapat laluan mudah selepas BN mempertaruhkan calon muka baharu.

BN Johor mencalonkan Teow Chia Ling sebagai calon di kerusi berkenaan pada PRN Johor dengan proses penamaan calon bermula Sabtu ini.

ADS:D

Selain Maszlee dan Chia Ling, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) juga mengumumkan calon mereka iaitu Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied.

Pada PRN Johor 2022, kerusi DUN Puteri Wangsa merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi Muda menerusi calon mereka, Amira Aisya Abd. Aziz yang merupakan Presiden Muda.
Amira Aisya menang dalam persaingan enam penjuru di kerusi tersebut dengan majoriti 7,114 undi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN