Lambakan Musang King, dijual RM8 sekilo

Lambakan Musang King, dijual RM8 sekilo

KERAJAAN tidak pernah membenarkan penggunaan laluan darat bagi mengeksport dunia segar dari Malaysia ke China kerana laluan tersebut tidak pernah dipersetujui oleh kedua-dua negara. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Musim durian kali ini menyaksikan fenomena luar biasa apabila raja buah, Musang King yang sinonim dengan gelaran ‘durian kaya­ngan’ dijual serendah RM8 sekilogram di Kampung Su­ngai Kiol, di sini.

Pengusaha kebun durian, Lai Yap Wai berkata, lambakan hasil sejak awal minggu lalu menyebabkan harga menjunam berbanding musim sebelumnya yang mencecah RM25 hingga RM60 sekilogram.

“Saya terpaksa menjual durian gred C dan D pada harga RM8 sekilogram, manakala gred A RM15. Kalau tidak, buah rosak kerana setiap hari kami kumpul hampir enam tan metrik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut Yap Wai, setiap pagi dia bersama pekerja me­ngumpul durian termasuk je­nis Teka, Udang Merah dan IOI hampir enam tan metrik di kebun itu dan perlu dipasarkan dengan segera supaya tidak layu dan kulitnya pecah sehingga menjejaskan kualiti serta rasa.

“Saya menggunakan laman sosial Facebook terma­suk bantuan rakan mempromosi Musang King. Saya juga jual dengan harga pukal iaitu RM100 seberat 20 kilogram bagi mengembalikan semula modal pengurusan kebun ini termasuk upah pekerja,” katanya.

Dia berkata, durian premium kampung jenis Teka dijual pada harga RM15 sekilogram manakala IOI dan Udang Merah RM12 sekilogram.

Sementara itu, di Kuala Lumpur dan Selangor, rata-rata peniaga durian mengadakan jualan promosi bagi menarik pembeli.

Ada peniaga menjual ‘raja buah’ itu sebanyak 12 biji RM100, 10 biji RM100, lapan biji RM70, enam biji RM50 mengikut jenis atau varieti buah tersebut.

Kebanyakan buah durian ini diperoleh dari beberapa negeri seperti Perak, Pahang, Johor dan Melaka yang kini sedang gugur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN