KOTA BHARU: Pas akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan hala tuju parti itu selepas memutuskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedudukan wakil Bersatu yang memegang jawatan Exco dalam pentadbiran di beberapa negeri bawah pimpinan Pas menjadi antara perkara yang dibincangkan.
Katanya, hala tuju hubungan dalam Perikatan Nasional (PN) turut diberikan perhatian.
“Kita kena ada satu satu pendirian yang jelaslah berhubung perkara itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pengkalan Chepa yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.
Utusan Malaysia 8 Jun lalu melaporkan, Pas mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama politik dengan Bersatu.-UTUSAN











