Polis sahkan bahan tartrazin dalam gula-gula bukan dadah

Polis sahkan bahan tartrazin dalam gula-gula bukan dadah

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semakan pihak polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahan tartrazin yang terkandung dalam gula-gula yang tular dan didakwa mengandungi bahan terlarang merupakan bahan pewarna makanan yang dibenarkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, bahan berkenaan tidak berbahaya kepada kanak-kanak, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan, ia boleh menyebabkan simptom gangguan tumpuan.

Hussein menjelaskan, bahan tersebut bukan dadah atau bahan terlarang di bawah mana-mana undang-undang berkaitan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bungkusan produk berkenaan turut dicetak dengan peringatan berkaitan kandungan dan penggunaannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan tidak menerima sebarang laporan atau aduan berhubung dakwaan gula-gula yang dipercayai mengandungi bahan terlarang dan dijual di pasar raya.

Setakat ini tiada mangsa tampil membuat laporan atau mengesan kandungan terlarang khususnya dadah dalam gula-gula yang terdapat di pasaran.

JSJN sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kimia Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memantau serta menyiasat sebarang isu berkaitan demi memastikan keselamatan pengguna.

Sekiranya terdapat sebarang perkara yang perlu diketahui oleh orang ramai, PDRM akan memaklumkan melalui saluran media rasmi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini