Pas dijangka tidak tanding banyak kerusi di Johor

Pas dijangka tidak tanding banyak kerusi di Johor

MAHFODZ MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pas dijangka tidak akan bertanding melibatkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang banyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, pihaknya akan menggunakan strategi yang mengutamakan kualiti dan bukan sebaliknya, kuantiti apabila melibatkan soal calon.

“Setakat ini pembaharuan kerusi DUN Johor antara Pas dan rakan-rakan lain belum diputuskan. Tetapi Pas tidak akan bertanding banyak kerusi.

“Biar kita bertanding sedikit tetapi mampu menang banyak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Mahfodz, pihaknya mempunyai senarai calon yang berkaliber dan dipercayai mampu memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat di negeri ini.

“Insya-Allah, Pas akan kemukakan calon yang berkelayakan dan ‘winnable’,” katanya.

Terdahulu, timbul khabar angin Pas dipercayai akan bertanding sehingga separuh daripada 56 kerusi DUN Johor, manakala selebihnya akan ditandingi calon daripada Parti Wawasan Negara (Wawasan), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×