‘Saya alami kerugian cecah RM200,000’

‘Saya alami kerugian cecah RM200,000’

SEORANG mangsa kebakaran berjalan di atas runtuhan bumbung rumah yang hangus dalam kebakaran yang memusnahkan 29 buah rumah di Kampung Gok Kapur, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang mangsa kebakaran mendakwa dia kerugian mencecah RM200,000 termasuk barang kemas dan kepi­ngan dinar emas milik isterinya.

Mohd. Yusoff Mohamad, 65, berkata, pelbagai harta benda termasuk peti sejuk dan dua unit pendingin hawa yang baharu dibeli serta dipasang turut musnah dalam kebakaran itu.

Menceritakan kembali kebakaran yang memusnahkan puluhan rumah itu, Mohd. Yusoff berkata, dia bersama seorang penduduk lain sedang membina reban ayam di belakang surau kampung kira-kira pukul 11 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mereka kemudian ternampak asap dan api sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang ketika itu sudah mula merebak.

“Saya cuba masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan tilam, namun terkena percikan api pada lengan kiri.

“Isteri saya, Zarina Mohd. Noor, 61, sempat menyelamatkan dokumen penting manakala anak lelaki kami yang menghidap autisme berusia 18 tahun berjaya keluar dari rumah sebelum api merebak dengan cepat ke rumah-rumah lain,” ujarnya.

Menurut Mohd. Yusof, buat sementara waktu, dia sekeluarga menumpang di surau kampung itu.

“Rumah yang kami diami sudah lebih 30 tahun dan ini kali pertama kami berdepan musibah seperti ini,” katanya.

Sementara itu, polis Kelantan mengesahkan tiada sebarang un­sur jenayah atau perbuatan khia­nat dikesan dalam kejadian kebakaran tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini