Cacat tangan bukan penghalang cari rezeki

Cacat tangan bukan penghalang cari rezeki

MOHD. Norsolihin Mat Said melakukan kerja-kerja meracun rumput bagi menyara keluarganya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kecacatan pada tangan kiri akibat kemalangan hampir 20 tahun lalu tidak pernah menjadi alasan buat seorang atlet para Kelantan untuk berputus asa mencari rezeki demi menyara keluarga.

Mohd. Norsolihin Mat Said, 42, yang merupakan pemain ping pong kategori T9 mengakui perlu melakukan pelbagai kerja kampung walaupun berstatus orang kurang upaya (OKU).

Anak jati Kampung Alor Hijau Bukit Tanah, Selising di ini itu berkata, dia mengambil upah melakukan kerja mengikut kemampuan seperti meracun rumput, membersihkan kawasan rumah, menebang dan memotong pokok kecil serta dengan bayaran antara RM20 hingga RM150.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Demi menyara keluarga, saya tetap berusaha mencari rezeki walaupun dalam keadaan tidak sempurna selepas kemalangan yang berlaku 20 tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Norsolihin namun berkata, walaupun menerima Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM450 sebulan, bantuan itu belum mencukupi untuk menampung keperluan keluarganya termasuk enam anaknya yang kini berusia tiga tahun hingga 11 tahun.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun 106053129716 (Maybank) atas nama Mohd. Norsolihin Mat Said atau menghubunginya di nombor telefon 010-8211357.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini