Modul atasi minda lesu pelajar

Modul atasi minda lesu pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kelesuan minda kini menjadi sinonim dalam kalangan pelajar berikutan jadual pembelajaran yang padat, tekanan peperiksaan serta pelbagai tuntutan akademik dan aktiviti harian.

Keadaan ini menyebabkan mereka mudah hilang fokus, cepat letih dan kurang bermotivasi, sekali gus menjejaskan proses pembelajaran jika tidak ditangani dengan baik.

Sehubungan itu, syarikat berasaskan produk kesihatan, Eskayvie mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Modul B.R.A.I.N, sebuah kerangka kesejahteraan minda dan emosi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusannya, Dr. Kartika Wati Mohamed berkata, inisiatif tersebut merupakan hasil kerjasama strategik bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).

Katanya, pelaksanaan modul tersebut diharap dapat menjadi platform sokongan kepada masyarakat, khususnya golongan pelajar dalam membentuk keseimbangan antara kesihatan mental, emosi dan fizikal.

“Modul ini memberi fokus kepada usaha menyokong tahap tumpuan, mengekalkan kestabilan emosi serta memastikan kesejahteraan murid secara menyeluruh melalui pendekatan pendidikan yang menitikberatkan aspek pemakanan dan gaya hidup sihat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pelaksanaan modul ini akan dibuat secara berperingkat dan dirancang untuk diperluaskan ke sekolah-sekolah di seluruh negara dengan sasaran memberi manfaat kepada lebih sejuta pelajar.

Hal itu kerana pembangunan generasi masa hadapan memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan kolaboratif.

Dalam masa sama, pihaknya juga akan menubuhkan sebuah hab strategik yang bakal berfungsi sebagai pusat rujukan kajian klinikal, penyelidikan saintifik, pendidikan kesihatan awam dan penerokaan teknologi kesihatan terbaharu iaitu Eskayvie Research & Innovation Centre.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini