BN perlu bertanding solo, sasar menang 112 kerusi

BN perlu bertanding solo, sasar menang 112 kerusi

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu bertanding solo pada pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kelak dengan sasaran mampu memenangi 112 kerusi sekali gus membentuk majoriti mudah.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, sasaran itu boleh dicapai selepas melihat parti itu semakin konsisten diterima rakyat, sekali gus menjadi asas kekuatan untuk kembali dominan seperti sebelum 2018.

“Veteran sudah lama bercakap tentang hal ini. Kami masih konsisten supaya UMNO bergerak solo sejak dua hari selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk.

“Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pun sudah menyatakan perkara ini di mana UMNO BN hampir pasti bergerak solo. Kenyataan itu bukan kerana UMNO ini sudah menjadi kuat, tetapi kami yakin UMNO kini semakin diterima, bukan diterima orang UMNO sahaja, malah diterima orang Melayu.

“Dalam mendepani pilihan raya akan datang, kita sudah tidak perlu untuk jaga hati mana-mana pihak dalam gagasan Kerajaan Perpaduan. Dalam tempoh hampir lima tahun ini, kita sudah digasak, dibalun, dilabel UMDAP.

“Jadi kami berpandangan UMNO perlu bergerak solo secara mutlak bagi melengkapkan majoriti mudah 112 kerusi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Mengulas perkara sama, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, hasrat untuk bergerak solo itu juga mendapat ‘restu’ masyarakat Melayu ekoran beberapa isu yang berlaku kebelakangan ini.

“Sangat setuju, tetapi banyak perkara yang perlu kita buat untuk kembalikan kepercayaan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×