Hamzah belum beri surat letak jawatan

Hamzah belum beri surat letak jawatan

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rak­yat sehingga semalam masih belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai ke­tua pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rak­yat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas supaya tindakan lanjut boleh diambil selepas notis pemakluman dibuat oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN).

“Kami sedang menunggu maklum balas Larut (Hamzah) kerana sehingga hari ini kami belum menerima surat daripada beliau. Larut perlu beri surat kepada kami supaya tindakan boleh dibuat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah bukan lagi ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, susulan peletakan jawatan itu, beliau mengarahkan Takiyuddin menghantar surat rasmi memaklumkan kekosongan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Malah Takiyuddin juga sebelum ini memaklumkan Pas sudah mempunyai calon yang sesuai untuk menggantikan Hamzah.

“Perkara itu dalam peringkat perbincangan dan belum diputuskan lagi,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi Hamzah me­ngenai perkara itu gagal.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×